Sabda Rasulullah s.aw.: “Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara. Kamu tidak akan sesat selamanya selama mana kamu berpegang dengan keduanya iaitu kitab alQur’an dan asSunnah”.

❤Doa dari Pengunjung Blog ini❤

ya ALLAH..jadikan pemilik blog ini muslimah yang solehah..isteri yang solehah..anak yang solehah..yang berjaya dengan cemerlang didunia dan diakhirat..ampunkan segala dosa dosanya..semoga pemilik blog ini kuat menghadapi ujian2 dariMU ..آمين..

Thursday, 30 May 2013

♥ Pesanan Buat Suami ♥

-Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah-



1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Trip Family to Melaka


happy family ever till Jannah


may Allah bless us
~peace~


we love each other cause of Allah


good luck TIMER !!
~@ kolej matrikulasi melaka~


our homestay


best view
~subhanallah~

Moga Allah murahkan rezeki kita semua dan dapat berkumpul lagi dalam rahmat Allah.
Moga tiada persengketaan dalam keluarga kita dan bermuafakatlah sesama kita kerana perjalanan masih jauh perlu kita harungi.Pelbagai cabaran manis pahit akan kita hadapi untuk menjadi manusia.Sedangkan lidah lagi tergigit ini kan pula sesama ahli keluarga.Susah dan senang kita harungi bersama.Hiduplah secara qanaah(cukup dengan apa yang ada).Jagalah perhubungan dengan ALLAH,in sha Allah hubungan kita dengan manusia akan terpelihara baik.Semoga Allah ampunkan segala dosa2 kita semua,jadikan kita insan soleh solehah yang berjaya dengan cemerlang dunia dan akhirat.
Aaamiin..



   salam sayang dari kakngah


Friday, 24 May 2013

..::PETUA RUMAHTANGGA BAHAGIA::..




1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.

2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.

3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.

4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.

5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.

6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.

7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.

8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.

9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).

10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.

11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.

12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.

13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.

14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.

15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.

17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.

20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.

21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.

22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.

23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.

Thursday, 23 May 2013

Cara berkasih sayang mengikut sunnah Rasulullah saw


Wednesday, 22 May 2013

~tiramisu biskut merie~





kakngah ceduk resepi kat sini


BAHAN-BAHAN
( 8 orang atau lebih )
 
~1 biji sponge kek atau apa2 kek (kakngah guna biskut merie) 

~250ml whipping cream
 
~200ml cream cheese 

~1/2 cawan gula halus 

~1 cawan air panas (nak bancuh nescafe) 

~1 sudu makan serbuk nescafe 

~serbuk koko untuk hiasan(kakngah guna smart coco A+) 


CARA-CARA

1-Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi

2-Satukan gula, cheese dan cream dalam mangkuk

3-Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu

4- Susun 1 lapisan bawah dengan biskut merie dalam bekas

5-Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas biskut

6-Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas biskut

7- Susun lagi bahagian yang selebihnya

8-Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar

9- Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...




bon apetit!!

Thursday, 16 May 2013

Happy Teacher's Day


SEMOGA ALLAH MERAHMATI SEMUA GURU KAKNGAH YANG MENGENALKAN DIRI DENGAN ILMU DUNIA DAN AKHIRAT SAMA ADA SECARA RASMI @ TIDAK


Ummi & Abah

       Taski ABIM,Teluk Sisek & Taski Kampung Rumbia ,Beserah.

 SK Assunta Convent & Sk Permatang Badak

 SMA Al-Ihsan & SMA Tgku Ampuan Fatimah

 IKIP Kuantan - Yarmouk University,Jordan

Friday, 10 May 2013

Pesanan Buat para Isteri

✿~✿ Ustaz Azhar Idrus ::Pesanan Buat para Isteri: ✿~✿ 
(untuk diri kakngah juga)


Biarpun Suamimu tidak berpelajaran tinggi, tidak kaya, tidak pandai, tidak punya pekerjaan gaji besar.. 

Suami itu tetap WAJIB dihormati dan ditaati selagimana ia masih bergelar suami.. 

Redha ALLaH adalah selepas redha seorang Suami.. 

Dia juga adalah Imam dan Ketua keluarga kamu.. 

Dialah juga yg bakal memimpin tangan kamu ke Syurga nanti.. 

Jodoh kamu dengannya telah ALLaH tetapkan sebelum kamu lahir ke dunia ini lagi.



“A great marriage is not when the 'perfect couple' comes together. It is when an imperfect couple learns to enjoy their differences.”


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...