Sabda Rasulullah s.aw.: “Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara. Kamu tidak akan sesat selamanya selama mana kamu berpegang dengan keduanya iaitu kitab alQur’an dan asSunnah”.

❤Doa dari Pengunjung Blog ini❤

ya ALLAH..jadikan pemilik blog ini muslimah yang solehah..isteri yang solehah..anak yang solehah..yang berjaya dengan cemerlang didunia dan diakhirat..ampunkan segala dosa dosanya..semoga pemilik blog ini kuat menghadapi ujian2 dariMU ..آمين..

Wednesday, 15 August 2012

Jordan yang dirindui

alhamdulillah..kakngah officially graduated from Yarmouk University, Jordan. Bukan senang nak senang kan.Hidup ni ada pasang surutnya. Bila kita kita gagal sekali tak bermakna kita akan gagal untuk selamanya.Syukur tak terhingga ke hadrat Illahi atas kurniaan dan nikmat dariNYA kakngah berjaya menghabiskan pelajaran selamat 4 tahun dalam Ijazah Sarjana Muda Syariah Ekonomi dan Perbankan Islam.
Setelah penat lelah,sendu tangisan dalam menuntut ilmu,kesusahan demi kesusahan,ujian dan cabaran  yang sentiasa mendatangi akhirnya terbalas jua dengan kejayaan.Thanks to Allah,Umi Abah ,En Musleh, Family and Friends yang tak putus mendoakan dan menyokong kakngah selama ni.May Allah blessing u alls.

 Lagi beberapa hari akan berangkat pulang ke Malaysia dan bakal meninggalkan Jordan, Bumi Para Nabi! Bumi yang penuh keberkatan dan tarbiyah!Disini lah tempat kakngah berjuang untuk menuntut ilmu serta memperbaiki diri untuk menjadi muslimah yang solehah(in sya Allah) dan berbakti kepada orang disekeliling kakngah.

pintu gerbang 
Universiti Yarmouk,Irbed,Jordan


Kuliah Ekonomi

Teman seperjuangan
Girls Batch 4
IKIP-Yarmouk

Markaz al-Quran
tempat menimba ilmu kalamallah

''halawiyat''
manisan Jordanian


'Ishh .humus.salatoh'

nasi arab mandy


makanan utama Jordanian
''shawerma''

kawasan perumahan di Jordan

dengan Mama muda Radiah Shahirah dengan baby solehah Bahirah Asy Syifaa'





sahabat-sahabat suka duka bersama
ukhuwwah fillah


Moga kejayaan kali ini menjadi titik tolak untuk kejayaan yang seterusnya.Aaamiinn.
Perjuangan bukan lah berakhir di sini sahaja,malahan perjuangan demi perjuangan perlu ditempuhi demi mecari redha Allah.


Tuesday, 7 August 2012

They got married EARLY

Yoshhh... tajuk nak gempak je kan!huhu
kakngah bukan lah nak serius sangat kali ni..coretan santai-santai je..
hanya nak berkongsi coretan kali ni tentang kahwin awal atau kahwin muda.
Setiap orang berbeza pendapat kan.Bagi kakngah setuju sangat dengan kahwin awal ni.Zaman remaja alaf baru ni ''tersangat'' lah mencabar daripada zaman mak abah kita dulu kan.'Dating' haram bukan sahaja di taman-taman atau 'mall' bahkan di alam maya seperti 'video call' juga boleh berlaku.Apapun kakngah hanya boleh cakap jika kita tempat kan Allah yang utama dalam setiap perkara yang bakal kita lakukan,in sya Allah. All is well! kullu kheir! Pasti hasilnya baik2 sahaja.
“Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui”
(Surah An-Nur 24:32)
“Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri”
(riwayat Bukhari dan Muslim)
kakngah nak kongsi cerita tentang sepasang suami isteri aka my adik junior Banking ni, Alhamdulillah
They got married EARLY! Mereka ni berumur dalam linkungan 18 19 sewaktu diijab kabulkan.Memang kakngah 'respect' sangat2 mereka berdua ni.. Bukan mudah untuk melihat pasangan muda mudi menyahut cabaran untuk menggalas tanggungjawab sebagai suami isteri sewaktu di alam kampus ni. Kakngah juga 'respest' lah dekat mak ayah dorang yang mengizinkan mereka kahwin awal. Allahu Akbar.So sweet. Mereka telah membuat saham untuk pelaburan di Akhirat kelak.

pasangan muda pilihan Allah
NIzam dan Radiah

alhamdulillah mereka telah dikurniakan seorang puteri yang dinamakan
~Bahirah Asy Shifaa'~
*memang anak ayah sorang ni,fotostat habis!

Lately,ramai sudah pasangan remaja kita mengikuti sunnah Rasulullah ni.Alhamdulillah.Moga Allah bukakan pintu hati2 mereka dan kita semua yang masih dalam kealpaan untuk kembali kepada jalan yang diredhaiNYA.

Dear Nizam and Radiah,
My do'a always with u all hope that both of u will being a good muslim n muslimah
Barakallahu lakuma wa jam3a bainakuma fil kheir
May Allah bless both of u
~love till jannah~

  Jika kita tempat kan ALLAH yang paling UTAMA dalam setiap perkara yang bakal kita lakukan,in sya Allah. All is well. Everything is going be ok.
May Allah ease

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...