Sabda Rasulullah s.aw.: “Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara. Kamu tidak akan sesat selamanya selama mana kamu berpegang dengan keduanya iaitu kitab alQur’an dan asSunnah”.

❤Doa dari Pengunjung Blog ini❤

ya ALLAH..jadikan pemilik blog ini muslimah yang solehah..isteri yang solehah..anak yang solehah..yang berjaya dengan cemerlang didunia dan diakhirat..ampunkan segala dosa dosanya..semoga pemilik blog ini kuat menghadapi ujian2 dariMU ..آمين..

Wednesday, 15 August 2012

Jordan yang dirindui

alhamdulillah..kakngah officially graduated from Yarmouk University, Jordan. Bukan senang nak senang kan.Hidup ni ada pasang surutnya. Bila kita kita gagal sekali tak bermakna kita akan gagal untuk selamanya.Syukur tak terhingga ke hadrat Illahi atas kurniaan dan nikmat dariNYA kakngah berjaya menghabiskan pelajaran selamat 4 tahun dalam Ijazah Sarjana Muda Syariah Ekonomi dan Perbankan Islam.
Setelah penat lelah,sendu tangisan dalam menuntut ilmu,kesusahan demi kesusahan,ujian dan cabaran  yang sentiasa mendatangi akhirnya terbalas jua dengan kejayaan.Thanks to Allah,Umi Abah ,En Musleh, Family and Friends yang tak putus mendoakan dan menyokong kakngah selama ni.May Allah blessing u alls.

 Lagi beberapa hari akan berangkat pulang ke Malaysia dan bakal meninggalkan Jordan, Bumi Para Nabi! Bumi yang penuh keberkatan dan tarbiyah!Disini lah tempat kakngah berjuang untuk menuntut ilmu serta memperbaiki diri untuk menjadi muslimah yang solehah(in sya Allah) dan berbakti kepada orang disekeliling kakngah.

pintu gerbang 
Universiti Yarmouk,Irbed,Jordan


Kuliah Ekonomi

Teman seperjuangan
Girls Batch 4
IKIP-Yarmouk

Markaz al-Quran
tempat menimba ilmu kalamallah

''halawiyat''
manisan Jordanian


'Ishh .humus.salatoh'

nasi arab mandy


makanan utama Jordanian
''shawerma''

kawasan perumahan di Jordan

dengan Mama muda Radiah Shahirah dengan baby solehah Bahirah Asy Syifaa'





sahabat-sahabat suka duka bersama
ukhuwwah fillah


Moga kejayaan kali ini menjadi titik tolak untuk kejayaan yang seterusnya.Aaamiinn.
Perjuangan bukan lah berakhir di sini sahaja,malahan perjuangan demi perjuangan perlu ditempuhi demi mecari redha Allah.


Tuesday, 7 August 2012

They got married EARLY

Yoshhh... tajuk nak gempak je kan!huhu
kakngah bukan lah nak serius sangat kali ni..coretan santai-santai je..
hanya nak berkongsi coretan kali ni tentang kahwin awal atau kahwin muda.
Setiap orang berbeza pendapat kan.Bagi kakngah setuju sangat dengan kahwin awal ni.Zaman remaja alaf baru ni ''tersangat'' lah mencabar daripada zaman mak abah kita dulu kan.'Dating' haram bukan sahaja di taman-taman atau 'mall' bahkan di alam maya seperti 'video call' juga boleh berlaku.Apapun kakngah hanya boleh cakap jika kita tempat kan Allah yang utama dalam setiap perkara yang bakal kita lakukan,in sya Allah. All is well! kullu kheir! Pasti hasilnya baik2 sahaja.
“Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui”
(Surah An-Nur 24:32)
“Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri”
(riwayat Bukhari dan Muslim)
kakngah nak kongsi cerita tentang sepasang suami isteri aka my adik junior Banking ni, Alhamdulillah
They got married EARLY! Mereka ni berumur dalam linkungan 18 19 sewaktu diijab kabulkan.Memang kakngah 'respect' sangat2 mereka berdua ni.. Bukan mudah untuk melihat pasangan muda mudi menyahut cabaran untuk menggalas tanggungjawab sebagai suami isteri sewaktu di alam kampus ni. Kakngah juga 'respest' lah dekat mak ayah dorang yang mengizinkan mereka kahwin awal. Allahu Akbar.So sweet. Mereka telah membuat saham untuk pelaburan di Akhirat kelak.

pasangan muda pilihan Allah
NIzam dan Radiah

alhamdulillah mereka telah dikurniakan seorang puteri yang dinamakan
~Bahirah Asy Shifaa'~
*memang anak ayah sorang ni,fotostat habis!

Lately,ramai sudah pasangan remaja kita mengikuti sunnah Rasulullah ni.Alhamdulillah.Moga Allah bukakan pintu hati2 mereka dan kita semua yang masih dalam kealpaan untuk kembali kepada jalan yang diredhaiNYA.

Dear Nizam and Radiah,
My do'a always with u all hope that both of u will being a good muslim n muslimah
Barakallahu lakuma wa jam3a bainakuma fil kheir
May Allah bless both of u
~love till jannah~

  Jika kita tempat kan ALLAH yang paling UTAMA dalam setiap perkara yang bakal kita lakukan,in sya Allah. All is well. Everything is going be ok.
May Allah ease

Friday, 13 July 2012

Kakngah - 22nd years old -

~5 Julai 2012~
kek kakngah dan kawan (syamila)



Hari ini genaplah kakngah 22 tahun  di lahirkan kat dunia, semestinya kesyukuran yang xterhingga kepada Allah kerna masih diberi peluang untuk bernafas sehingga ke hari ini. Alhamdulillah
Terima kasih buat ummi tersayang kerna telah mengharungi segala kepayahan dalam melahirkan kakngah turut serta abah yg sama2 membesarkan , memberi nafkah dan mendidik kakngah, yang penting tanpa doa dari kalian yang tak putus2 kakngah takkan berada ke tahap ini.
Moga Allah rahmati dan berkati kita sekeluarga.


Pada ulangtahun kelahiran kali ini., kakngah dapat pengajaran hadiah dari kesabaran yang tinggi. alhamdulillah kakngah dapat sumbangan berupa wang yg bernilai lebih dari jumlah  duit yang lesap dulu!
benarlah Allah berfirman : “Hai orang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah waspada dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.” – (Suruh Ali Imran, ayat 200).



Orang yang sentiasa bersabar akan mendapat keampunan daripada Allah terhadap segala dosa yang pernah mereka lakukan dengan pahala yang besar.

Tuesday, 5 June 2012

~BERKELAH DI TAMAN (IRBED , JORDAN)~


 وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّهُ ۥ مَخۡرَجً۬ا (٢) وَيَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَيۡثُ لَا يَحۡتَسِبُ‌ۚ وَمَن يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُ ۥۤ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَـٰلِغُ أَمۡرِهِۦ‌ۚ قَدۡ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدۡرً۬ا (٣
dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), (2) Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (3)

alhamdulillah, hari ini sahabat2 kakngah ajak pergi berkelah kat taman. Kakngah dapat makan pelbagai jenis lauk yang dibawa bekal dari rumah diorang. Dear my friends,thanks untuk makanan yang sangat sedap.Moga kalian dan saya murah rezki selalu.Aamin.
Kakngah bersyukur sangat atas rezeki yang tak disangka ini lepas apa yang dah berlaku baru2 ini.
alhamdulillah.thanks Allah!

on the way to 'hadiqah' (baca=taman)

sedapnya kakngah makan ni.alhamdulillah!



kakngah n friends
jetty,sara,kama,sumayyah,adilah,hidayah,ayuni,amira and dina also very important girl yg tgh capture pic ni
syamila yg so motherly
thanks guy for inviting me
i love u all cause of Allah



Saturday, 2 June 2012

~Duit oh Duit~

astaghfirullah..astaghfirullah..astaghfirullahh


وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ ٢:١٥٥
الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ ٢:١٥٦
أُولَٰئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِّن رَّبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ ٢:١٥٧

“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan,”Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.” Mereka itulah yang mendapatkan keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Rabbnya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk”. 
[al Baqarah/2:155-157]

3 hari yang lepas kakngah di uji dengan kekurangan harta oleh Allah
yang mana kakngah telah menjadi mangsa seluk saku

kakngah akui ini juga dari kelalaian sendiri yang tidak berhati-hati


Kakngah telah membuat laporan polis bersama seorang adik junior dan Ketua Pelajar Persatuan disini.Kejadian berlaku di dalam kedai cenderahati.Nasib baik ada CCTV yang menjadi bahan bukti. Suspek-suspek ini adalah berkumpulan 
Kakngah hanya mampu berdoa untuk penyeluk saku ini,moga Allah bagi hidayah dan petunjuk pada mereka. Mungkin mereka terdesak.Moga Allah bukakan pintu hati mereka untuk memulangkan kembali apa yang mereka ambil dari kakngah dan dikurniakan rezeki dari jalan yang diredhai-NYA

Setelah kejadian itu,kakngah dalam trauma untuk keluar dari rumah. Hendak berjumpa dengan orang pun tak mahu.. Pelbagai perasaan kakngah rasa..bersalah yang amat dan rasa menyusahkan orang lain.Mana tidaknya,duit yang hilang itu untuk membayar sewa rumah, kotak kargo dan tiket pulang ke Malaysia serta wang sara hidup selama 2 bulan lebih ini adalah duit Yayasan Pahang. Duit orang Pahang!!

Memang patut rasa bersalah yang amat dan kakngah asyik menyalahkan diri kerana tidak menjaga amanah ini dengan baik.Alhamdulillah,Allah hantarkan sahabat-sahabat kepada kakngah yang sangat baik sebagai pemberi semangat.Moga Allah rahmati kalian semua. Jazakillah khairan kathiraa

Doakan kakngah kuat tau.Doakan kakngah murah rezeki juga.

Allahu rabbi


~mood nak balik Malaysia cepat2 T_T~

Wednesday, 9 May 2012

Family Day BKMPJ @ Aqabah

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)
(49:13)


Program Trio
Badan  Kebajikan Mahasiswa Pahang Jordan (baca:BKMPJ) 
di Summer  Bay ,  Aqabah  Jordan


logo di t-shirt BKMPJ 


Shabab BKMPJ yang perkasa


Akhawwat BKMPJ yang awesome


Shabab  BKMPJ di kala formal (kot)


Akhawwat BKMPJ yang brilliants!

 Akhawwat  after family day
colouful moment




kakngah's group
we  got 1st place
we are the winners!!
congrats guys

ayu was pesented our 'Pantai Batu Hitam '
that describe one from many  characteristic of Kuantan
we love Kuantan!



kakngah  n  dik eija

 Kenangan dan pertemuan  yang  Allah aturkan ini kakngah  tak  lupakan sampai  akhir hayat. insyaAllah
moga pertemuan kami ni (Mahasiswa Pahang di Jordan) diberkati Allah

Ukhuwwah  fillah abadan abada

Bertemu dan Berpisah  kerana Allah

Ukhuwwah  till Jannah



Sunday, 29 April 2012

::kakngah rindu kalian::

hari ini jordan cuti hari pekerja
even  bukan 1 Mei tapi  mereka2  ni awalkan cuti
dah  alang2 jumaat sabtu n today,,terus  je
alhamdulillah..

tapi hari ini sunyi,,rasa sebak yang  amat,,
yupp..i really miss my family..so much
i miss ummi abah en musleh along ude ki acik kakak n  adik
T_T

smalam birthday ummi..
ummi,next year kita celebrate same2  ea
kakngah will  cooking untuk  ummi
will baking a cake  untuk ummi
i love u ummi T_T

Ude  posting about abah that  he visited ude at Usim
she said that abah looked very tired and not healhty
abah,kakngah  miss u  too,,
u  are my  hero  , abah!

kakngah felt so guilty..
kakngah  sedar kakngah banyk  wat silap kat ummi abah
even sedar @   tak
kakngah minta maaf banyak2.ampunkn kakngah ye,,

 along ude ki acik kakak  adik
kita berusaha untuk jadi anak ummi abah yg soleh solehah serta berjaya dengan cemerlang dunia akhirat
tak  lupakan mereka  dalam doa  kita 
walau  busy mane  sekalipun kita , always contact ummi abah ea

now,kakngah  dalam  study  week for final  exam last  sem
doakan kakngah


when i miss umi  abah  along ude ki acik kakak adik
i'll look  at  ''u  all''
i love u  all  so much lillahi ta3ala

salam  sayang dari kejauhan

Saturday, 17 March 2012

~kakngah:adik:kakak~

semalam kakngah skype ngan adik2
ude,ateh,adik,kakak
tapi sayang acik takde,,rindunye kat sorang tu
tengok gelagat adik n kakak ni

nak wat love  tp  xnmpk

konon2  menangis

happy!

terkejut!

along???da bese,huhu..ajak skype tapi segan katanye
along!!im your sis k,,hu2..
segan  sangat,bukannya gegurl lain..adoiyaiii
hmmm...tak sabarnya nk balik
moga Allah mudahkan segla urusan kakngah disini dengan jayanya
aaamiin

rindu u alls T_T
nantikan kepulngan kakngah!
(pic was taken in 2009)

Friday, 16 March 2012

~kakngah:Salji:Frost~




Alhamdulillah then alhamdulillah..

 for the first time in kakngah life,,dapat merasai pengalaman bermain salji. kakngah dapat lihat sendiri dan 


merasai apa itu frost(baca:hujan air batu) serta hujan salji yang real bukan buatan manusia tau
ni Frost. salji yang jadi air batu.mula2 turun,xberapa nak jadi salji yang sebenar
subhanallah

opss..maaf,actually ramai yang tertanya2kan kakngah sebenarnya ada kat mana ek??act,kakngah sekarang kat Jordan(middle-east),kakngah adalah student di Universiti Yarmouk dalam course syariah ekonomi dan perbankan islam.insyaAllah kakngah da final year,,May Allah ease,,



ok lah kakngah tak nak citer banyak2,,just want to sharing my experience dapat main salji.
kakngah n friend,ayuni
''snowgirl in process''


snowgirl
so sweet,


 
abc salji..rindu abc kt malaysia

lastly,setelah penat bermain salji,,
lepas balik tu kmi singgah kat satu restoran,
kakngah n friends ngadap ni,lapar sangat
ni nasi arab  mandi
.3 orang sekali hadap 




"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, perselisihan malam dan siang, dan bahtera yang berlayar di laut dengan memberi manfaat kepada manusia, dan apa-apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air Dia dihidupkan bumi sesudah mati (kering)nya, dan di bumi itu Dia menyebarkan segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dengan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi golongan yang berakal.”
(al-Baqarah 2:164)





*sweet memories ni akan kakngah ingat sampai bila2..insyaAllah..
say alhamdulillah atas segala kurniaan dari Allah* 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...