Sabda Rasulullah s.aw.: “Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara. Kamu tidak akan sesat selamanya selama mana kamu berpegang dengan keduanya iaitu kitab alQur’an dan asSunnah”.

❤Doa dari Pengunjung Blog ini❤

ya ALLAH..jadikan pemilik blog ini muslimah yang solehah..isteri yang solehah..anak yang solehah..yang berjaya dengan cemerlang didunia dan diakhirat..ampunkan segala dosa dosanya..semoga pemilik blog ini kuat menghadapi ujian2 dariMU ..آمين..

Wednesday, 27 July 2011

Kembara musafir di Bumi Syam.(syria @ lubnan)

bismillahirrahmaanirrahim..

Setelah selesai fatrah imtihan nihaie, tibalah waktu yang saya dan sahabat2 nanti2 kan iaitu
'Jaulah'.Pada kali ini saya dan sahabat2 berkesempatan bermusafir ke Syria dan Lubnan.Pada asalnya tujuan kami hanyalah jaulah syria.Namun kita hanya merancang dan Allah sebaik2 perancang untuk kita.Allah bagi peluang untuk melihat bukti kekuasaanNYA yang banyak sekali.Setiap perkara ada hikmahnya .Allah nak bagi banyak pelajaran sepanjang permusafiran itu.Lubnan sempadan je dengan Syria.

Pada 17 Januari 2011 jam 6.05am, kami bertolak dengan menaiki coaster yang telah sedia menanti kami untuk menuju ke Amman.Perjalanan dari Irbid ke Amman mengambil masa dalam sejam.Sepanjang perjalanan kami hanya 'membutakan' mata.Perasaan mengantuk masih bersisa.Tepat jam 7.00am kami telah sampai tempat yang dituju,Disitu kami akan menaiki sebuah bas yang menuju ke Syria.Kami juga menantikan ustaz yang merupakan 'murakib' sepanjang permusafiran itu.Ustaz mempunyai banyak pengalaman dan pengetahuan kerana telah lama menetap dibumi para utusan Allah ini.Pada jam 7.30 ,bas yang kami naiki bertolak menuju ke Syria,Perjalanan memakan masa hampir 4 jam termasuk pemeriksaan di Imigresen sempadan negara.

Antara tempat tempat yang di lawati seperti masjid dan maqam khalid al walid,ke hums yamg mana disitu terdapat kincir air tertua yang masih berfungsi sehingga kini, ziarah maqam salahuddin al ayubi,ziarah makam sayyidah zainab,ziarah maqam nabi yahya.selain itu,saya berkesempatan juga melawati kawasan pergunungan ma'lula dimana disitu terdapat penduduk yang majornya beragama kristian.Terdapat gereja didalam gua serta patung2 jesus di atas bukit.


kawasan pergunungan maklula
masjid assayidah zainab

maqam khalid al walid

kincir air tertua yang masih berfungsi sehingga kini

maqam salehuddin al ayubi

masjid umayyah
Masjid ini merupakan masjid tertua di Syria. Di timur masjid ini terdapat masjid Saidina Umar dan Masjid Saidina Ali. Ia pernah menjadi tumpuan para Sahabat bertemu dan berbincang mengenai hal-hal Islam satu ketika dahulu.

maqam nabi yahya
Di dalam masjid umayyah ini juga terdapat kepala Nabi Yahya a.s. Nabi Yahya telah disembelih oleh kaum yang ingkar pada seruannya. Ia kemudian memenggal kepala Nabi yang mulia ini. Kepalanya dimakamkan di sini.

Manakala di Lubnan, tempat yang sempat di lawati ialah melihat ciptaan Allah berupa batu yang kelihatan seprti brsujud.SUBHANALLAH.Benda ciptaan Allah pun mahu bersujud walau tidak ditaklifkan
Masjid Khatamul Anbiya wal Mursalin. Reka bentuknya seakan-akan masjid Biru di Istanbul Turki.
puncak gunung yang bersalji.subhanallah
 subhanallah..cantiknya suasana ni
melihat batu bersujud

ni la batu yang seakan2 bersujud

 ni kubur tempat bersemadinya bekas pm lubnan assyahid rafiq hariri.kisah selanjutnya
klik sini
 kubur bodyguards yang turut terkorban dalam serangan itu
alfatihah untuk para syuhada ni

Down Town mengikut gaya Eropah

Banyak lagi tempat di lawati di Syria dan Lubnan.Kenangan yang tercipta disana tersemat di memori ini.Semoga 'ibrah yang dapat sepanjang permusafiran ini dapat saya kongsi bersama sama dengan yang lain. Semoga setiap perjalanan hidup kita menambahkan ilmu dan pengalaman agar ia dapat digunakan untuk terus taat pada Allah.


"Tidakkah mereka perhatikan, bagaimana Allah memulai ciptaan kemudian mengulanginya? Sesungguhnya yang demikian itu mudah saja bagi Allah. Katakanlah:'Berjalanlah di muka bumi dan perhatikanlah, bagaimana Allah memulai ciptaan, kemudian Ia mengulangi penciptaan itu sekali lagi. Sesungguhnya Tuhan Berkuasa atas segala sesuatu." (QS. 29:19-20)

"Berjalanlah kamu di atas muka bumi, kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang yang mendustakan itu." (Al An'am: 11)


wallahua3lam.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...