Sabda Rasulullah s.aw.: “Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara. Kamu tidak akan sesat selamanya selama mana kamu berpegang dengan keduanya iaitu kitab alQur’an dan asSunnah”.

❤Doa dari Pengunjung Blog ini❤

ya ALLAH..jadikan pemilik blog ini muslimah yang solehah..isteri yang solehah..anak yang solehah..yang berjaya dengan cemerlang didunia dan diakhirat..ampunkan segala dosa dosanya..semoga pemilik blog ini kuat menghadapi ujian2 dariMU ..آمين..

Wednesday, 27 July 2011

Being a good Muslimah


In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful

alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah 3ala kulli haal..allahu akbar
kakngah tadi baru lepas baca blog Ukht Fatimah Syarha .. 
suka sangat tengok beliau sekelurga.Keluarga sakinah.moga kakngah pun seperti beliau juga,,aaamiiin..doa ni,,
semua wanita nak jadi solehah kan??insyaAllah..kakngah pun camtu juga..
nak jadi anak solehah kepada ummi abah,isteri solehah n ibu solehah yang dapat lahirkan pejuang2 islam..insyaAllah
kakngah pun manusia biasa,tak dapat lari dari buat silap.tapi kakngah cuba untuk jadi yang terbaik,insyaAllah
kali ini kakngah nak 'share'  10 muwasafat tarbiyah yang perlu ada dalam diri setiap muslim



1. Salimul Aqidah - Akidah yang sejahtera
- seorang itu mestilah redha ALLAH sebagai Tuhan, Islam sebagai agamanya, serta Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul terakhir yang diutuskan ALLAH kepada manusia sejagat
- sentiasalah dekatkan diri kepada ALLAH serta sentiasa mengingati akhirat, memperbanyak amalan sunat dan zikir
- seorang itu hendaklah tidak lupa untuk sentiasa menjaga kebersihan hati, sentiasa memperbaharui taubat, istighfar, menjauhi dosa, serta syubhat

2. Sahihul Ibadah - Ibadah yang sahih
- Seorang itu perlu melakukan ibadat yang dapat meninggikan roh serta jiwanya; perlulah sentiasa memperbetul amalannya dan mengetahui halal haram suatu perkara dan sentiasa bersederhana dan tidak terlalu melampau-lampau dalam setiap urusan dalam kehidupan sehariannya.

3. Qawiyyal Jism - Sihat tubuh badan
- sabda Rasulullah SAW, " Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi ALLAH dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan"

4. Matinul Khuluq - Akhlak yang mantap
- Imam Hassan al-Bana pernah menyatakan kewajipan seorang muslim itu untuk bersifat sensitif, tawadhu', benar dalam perkataan dan perbuatannya, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dsbnya

5. Mutsaqqafal Fikri - Berpengetahuan luas
- pesan Imam Hassan al-Bana "Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri, dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi"
- seorang itu perlu berpengetahuan luas tentang Islam dan pengetahuan am supaya dapat menceritakan kepada orang lain perihal hal berkenaan di samping perlu sentiasa berpandukan al-Quran dan as-Sunnah
- seorang itu juga perlu mampu membaca al-Quran dengan baik, bertadabbur, dan sentiasa mempelajari sirah, kisah salafus soleh, dan kaedah serta rahsia hukum yang penting

6. Qadiran ala Kasbi - Mampu berdikari
- seorang itu meskipun seorang yang berharta, perlu juga bekerja namun tidak wajarlah untuk seorang da'ie untuk terlalu mengejar harta kebendaan serta pangkat dalam kehidupan duniawi ini
- Ihsan perlulah sentiasa tertanam dalam diri setiap individu muslim yang menggelarkan diri mereka sebagai seorang itu ; perlu sentiasa benar dalam perlakuan dan perbuatannya
- seorang itu perlu mampu untuk memiliki serta mencari harta sendiri tanpa mengharapkan belas ihsan daripada orang lain semata-mata;
- seorang itu  perlulah menguasai sesuatu kemahiran supaya tidak terlalu bergantung kepada orang lain dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan yang timbul kelak
- dalam soal kewangan, seorang itu  perlulah sentiasa memelihara diri daripada riba dalam semua aspek kehidupan, serta mampu untuk menyimpan untuk waktu kesempitan, menjauhi segala bentuk kemewahan yang melalaikan serta pembaziran

7. Mujahadah ala Nafsi - Mampu melawan hawa nafsu
- Seorang itu  perlulah sentiasa mempunyai azam yang kuat. bersungguh-sungguh untuk melawan kehendak nafsunya sebaliknya mengikut apa yang diperintah Islam di samping mengendahkan kata-kata orang lain dalam mempraktikkan Islam yang sebenar.
- perlu diingat juga, orang yang lagi hebat akan lagi hebat jualah cubaan yang ALLAH turunkan kepadanya, oleh itu sentiasalah kita menyiapkan diri dalam menghadapi segalan cubaan dan dugaan ALLAH itu

8. Haarithun ala Waqtihi - Menjaga waktu
- seorang itu  perlulah sentiasa berdoa agar waktu yang ada ini sentiasalah diberkati ALLAH seperti mana yang sering didoa oleh para sahabat Rasulullah SAW yang terdahulu.

9. Munazzamun fi syu'unihi - Tersusun dalam segala urusan
- Seorang itu  perlulah sentiasa mempunyai kemahiran dalam menyusun segala perancangan urusan harian serta jangka panjang, setiap itu  digalakkan untuk mencatit maratib amal untuk kelancaran segala urusan mereka


10. Nafi'un li ghairihi - Bermanfaat untuk orang lain
- Seorang itu  diumpamakan seolah-olah sebatang lilin yang sedang membakar diri untuk menyuluh jalan orang lain sedangkan dirinya terbakar sendirian, namun usahlah gentar kerana da'ie adalah tunggak penggerak kepada dakwah Islamiyah, nescaya usahamu akan diberikan ganjaran berganda oleh ALLAH taala
- amal Islam seorang itu adalah untuk menyelamatkan orang lain sekaligus diri sendiri daripada kesesatan supaya di akhirat kelak masing-masing dapat menjawab setiap persoalan ALLAH dengan bekalan iman yang mencukupi di dada masing-masing tanpa perlu menyalahkan antara satu sama lain.
- ingatlah wahai muslim yang dirahmati Allah selalu, kegembiraanmu hanyalah apabila kamu dapat membantu orang lain, yang terindah semestinya jika mampu membawa seseorang itu ke jalan yang diberkati ALLAH taala sekaligus menjauhkan seseorang itu daripada perbuatan-perbuatan mungkar.


~JOM SAMA-SAMA BERUSAHA MEMENUHI CIRI2 MUWASSAFAT TARBIYAH INI~

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...