Sabda Rasulullah s.aw.: “Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara. Kamu tidak akan sesat selamanya selama mana kamu berpegang dengan keduanya iaitu kitab alQur’an dan asSunnah”.

❤Doa dari Pengunjung Blog ini❤

ya ALLAH..jadikan pemilik blog ini muslimah yang solehah..isteri yang solehah..anak yang solehah..yang berjaya dengan cemerlang didunia dan diakhirat..ampunkan segala dosa dosanya..semoga pemilik blog ini kuat menghadapi ujian2 dariMU ..آمين..

Friday, 2 December 2011

Jalanku pulang (UNIC)

Tundukku malu didepanMu
kernaku insan berdosa
kuadukan sesalanku
apakah kan Kau terima

kesunyian ini sedarkan diriku yang lena
tinggalkan semalam yang nanah
lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMu
terpaut aku tak berpaling

ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

suburkan cahaya menerangi langkahku
semaikan segala hiasan indah cintaMu

ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

ku mohon kau tenangkan gusar hatiku yang rawan
bimbang Kau singkirkan taubatku
kurayu Kau hulurkan keampunanMu padaku
kelakku zalimi diriku

Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa
sehingga masanya kau seru hujung nyawaku(x2)

ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

Tak jemu dimanakah hentinya rayuan taubatku padaMu....



**ya Allah ampuni lah dosa2 kami,ibubapa kami,adik beradik kami,guru2 kami,sahabat2 kami serta semua umat islam sama ada masih hidup mahupun telah mati,,terima lah taubat kami ya Allah..bimbing kami ke jalan yg diredhaiMU,,allahummaaamin..**

Friday, 21 October 2011

~usah kau tangisi cinta yang palsu~

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Allah,,,tu je perkataan yang trkeluar kat mulut apabila menjenguk blog yang dah lama tak 'update'..fuuuhhh 4x..bersawang da kot,,boleh labah2 membiak,,huhu
entry kali ini kakngah tujukan buat adinda yang tersayang ,fatihah yang sangat cekal jiwa nya..
long,hari ini Allah bagi kakngah rasa pe yang along rasa,,tapi mungkin along lebih kuat menerimanya,, hari ini kakngah tergerak hati nak tengok wall 'teman' long,,then,,tahulah kakngah akan faktor yang menyebabkan along 'change',,kakngah always ikuti perkembangan along,,
long,kakngah dapat fahami pe yang along rasa ,memang sedih, 'frust', n what ever yang mencengkam jiwa..seriously kakngah menitiskan air mata.. hebat nya ujian yg Allah bagi kat  along,, i know long can survive with alls this,,i know u are very strong girl,Allah xkan bagi sesuatu ujian yang along sndiri xmampu hadapi,,
long,,kakngah sayang long..even kita berjauhan..kakngah always thinking bout you.andai kakngah dekat ngnn long,mahu je kakngah peluk long n titipkan kata semangat buat long trsayang,,kakngah akui,bukan mudah tuk along 'ok' dengan semua ni kan,
long yg ku sayang,sedar tak,,ujian ni satu tanda yang Allah sayangkan long,,Allah lebih tahu yang trbaik tuk long,,mungkin bagi long ia ttrbaik,tapi bg Allah sebaliknya,terima la kenyataan yang Allah tetapkan ni,Allah lebih mengetahui ttg diri mu dik,,
long, manusia x lari dari kesilapan kan,, manusia mmg always berubah,tapi kita brubah biarlah untuk kebaikan,,
tiada air mata yang dapat menenangkan jiwa kecuali air mata taubat @ kembali pada Allah,


usah tangisi kenangan cinta lalu hingga kau turut menyiksa mental dan fizikal long,,cinta yang sebenarnya adalah pada Allah,,DIA lah cinta sejati kita, ambil ujian ni sebagai peluang tuk merubah diri long,,





 Allah mahu berikan yang trbaik untuk drimu,, kembali pada ALLAH,,pelihara solat,banyakkan mengaji alQuran dan fahami maksudnye serta berdoa dan merayu pada Allah..
hanya doa kakngah mampu titipkan dari jauh buat long tersayang, moga long sentiasa dalam peliharaan Allah ,moga menjadi anak yang solehah pada mak n ayah serta ditemukan pasangan yang soleh yg dapat membimbing keluarga dan bakal zuriat long..
memang usia remaja hanya sekali..always mahu enjoy but nikmati la dengan berpada pada moga tak menyesal di kemudian hari,,
jodoh ajal maut ditangan tuhan,kita tak tahu bila kita akan 'pergi',,tapi bersedia lah .. belum tentu kita akan bernafas after bangun dari tidur,
maafkan semua orang 


dan binalah hidup baru, usah dikenang cinta yang palsu..bersahabatlah dengan orang yang baik2 
kejarlah cinta Allah. 
be a good muslimah , insyaAllah a good muslim will be yours,,

salam sayang dri perantauan,,
kakak yang trlalu mnyayangimu



Friday, 5 August 2011

Wajibkah Pakai Telekung?

“Telekung surau ni kotor laa..camne nak semayang,”
“Saya lupa bawa telekung, nanti saya qada’ aje solat bila sampai rumah,”
Skrip biasa, terutamanya di shopping complex.
Sepertinya solat itu tidak penting, boleh saja diqada’-qada’.Yang lebih penting adalah telekungnya. Tiada telekung, tak boleh solat!
Begitukah?

Jika diamati syarat sah solat, cuma 5 perkara:
  • Yakin telah masuk waktu
  • Menutup aurat
  • Mengadap kiblat
  • Suci daripada najis pada badan, pakaian dan tempat solat
  • Suci daripada hadas kecil dan hadas besar
Tercari-cari juga, tiada pula dalam list – Wajib memakai telekung.
Jadi, wajibkah?
Mengapa hendak dipersulit dan diperberatkan hukum-hakam Islam yang sebenarnya cukup mudah dan simple.

“Dan tidaklah Allah jadikan bagi kalian dalam agama ini kesulitan.”[ Al-Hajj : 7]
Yang pentingnya dalam soal berpakaian ketika bersolat ialah menutup aurat dan bersih daripada najis. Apa sahaja pakaian kita, jika memenuhi 2 syarat tersebut, maka tidak perlulah ragu-ragu lagi.
Telekung cuma adat, bukan syarat. Majoritinya, hanya wanita-wanita di benua Nusantara yang mengamalkan adat ini. Sememangnya tidak salah bertelekung, malah sangat baik sebenarnya, kerana lebih sopan dan selesa. Cuma jika ia dijadikan sandaran yang akan mencacatkan solat kita, maka itulah prinsip yang salah.
Pilihlah mengikut keselesaan dan yang mana lebih mudah. Jika merasakan bertelekung lebih mudah, maka itulah yang terbaik. Bagi saya sendiri, jika solat sehari-harian di rumah atau di kolej, saya lebih selesa bertelekung. Cuma apabila dalam keadaan tergesa-gesa atau berpergian, maka pakaian yang ada sahaja sudah amat memadai. Yang penting, cukup syarat.

“Eh, betul ke ni.. Nampak pelik la kalau tak pakai telekung. Macam tak sempurna je tutup auratnya..”
Untuk persoalan sebegini, mungkin perlu ditanya kembali diri kita. Jika kita merasakan pakaian kita itu tidak cukup sempurna untuk bersolat, jadi, adakah kita sekarang ini tidak menutup aurat..?

~iluvislam~

Friday, 29 July 2011

Zaki , adikku Yang Cerdik

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
ki...kakngah rindu ki!!! nga skype ngan ki tadi.lame tak jumpe,orang duduk hostel la katakan.jarang duk rumah.so kadang2 skype ngan ude n yang len2 je.alhamdulillh.rezki dapat skype ngan dia kali ini. 
adik kakngah ni len sikit .memang cerdik.tapi suka sangat explore something new.baguslah.walaupun exlpore dia tu make me fobia sampai sekarang.dulu,waktu kami sekeluarga duduk rumah warde SMK Alor Akar,rumah kitorang tu banyak sangat tikus.ada satu masa tu,kakngah jumpa anak2 tikus yang baru lahir.geli..xde bulu lagi..kakngah ajak ateh(ki) tengok,then kitorang nak tunggu umi tengok time tu umi kua ngan abah.then kakngah prgi main.budak2,memang suka main.huhu.lepas main tu kakngah rasa lapar sangat n terus p dapur selongkar periuk,kakngah p ambil nasi n nak ambil kuaah sinnggang atas dapur..then..AaaAAaaaaaaaaa..Allah..kakngah tngok anak2 tikus yg kitorg tgk tadi da trapung2 dlm periuk kuah tu.zaki!!!!. ni sume keje dia.ada satu peristiwa lagi.masa duduk kat bukit rangin,kucing peliharaan kitorang mati n abah tanam kat belakang rumah,si zaki yang cerdik ni pi gali balik n pegang bgkai kucing tu n bawa kt kakngah.ohh adikk u.. sampai hati wat kakngah gtu,mmg nak kena,kakngah pun mmg teriak habislah smpai nangis2 dek krja si zaki ni.katanya nak tengok bgkai tu da reput belum..adoiyaaii..mmg suka wat kajian kan..
walau pe pun ki,kakngah sayang sgt ki.belajar rajin2.baru ni ki dapat result PMR yg cmerlang.thniah2.semoga zaki menjadi muslim yang musleh n cemerlang dunia akhirat.aaaminn.

Roti canai Jordan

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
roti canai jordan? waaa,,, jordan pun de roti canai ek??..huhu x la..actually, hari tu kakngah teringin sangat nak mkan roti canai,so buka internet cari resepi n mengimbas kmbli ajaran chef ummi (my mom).. bahan2 dari sini.. so kakngah bagi nama tu..kakngah tengok resepi kat sini. alhamdulillah.menjadi sangat.boleh hidang kat orang n ajak jiran makan,kakngah

 sempat snap masa tengah nguli je..yg da siap  tak sempat.asyik duk goreng 

roti kat dapur.n kakak2 housemate tolong menebar.thanks kakak tolong 

kakngah.practise make perfect,nanti da kahwin jangan bagi cik abg makan kat

 kedai da.kita sebagai isteri ley buatkn.kan masakn isteri pengikat kasih suami

 isteri.dengan guna perencah 'Bismillah' pasti makanan kita yang masak berkat

 dan sedap. bukan waktu masak je,setiap amalan yang kita buat dengan 

mulakan bismillah insyaAllah berkat dan mudah.

ni gambar masa nak bulatkan doh

nampak lembut tak doh ni??alhamdulillah bila da goreng sedap.kakngah makan 

ngan kari ayam..

ada sorang member kakngah ni yang preggy ngidam nak makan roti

 canai..alang2 tu kakngah ajak dia n hubby dia makan.suka tengok dia 

makan.yelah,orang mengandung mesti ada je yang mengidam.

sampai disini dulu coretan kali ini.
wassalam

10 SEKSAAN WANITA YANG DILIHAT RASULULLAH SAW KETIKA PERISTIWA ISRAK MIKRAJ

Bismillahirrahmaanirrahiim..

27 Rejab mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan Nabi Muhammad SAW iaitu perjalanan Israk Mikraj perjalanan Baginda dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis di Palestin serta dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit ketujuh.Firman Allah bermaksud: “Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya (dengan diturunkan nabi-nabi di negeri itu dan kesuburan tanahnya), agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lg Maha Mengetahui.” (Surah al-Isra’, ayat 1)

Dalam perjalanan itu, Baginda turut diperlihatkan 10 jenis seksaan yang menimpa wanita yang membuatkan Rasulullah SAW menangis setiap kali mengenangkannya.
Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.


Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan daripada punggung dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

Baginda juga melihat bagaimana perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.

Ada pula perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.

Selain itu, Baginda melihat perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.

Baginda juga melihat perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.

Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah perempuan yang kepalanya seperti kepala **** dan badannya pula seperti keldai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

Ada pula perempuan yang Baginda nampak rupanya berbentuk anjing dan beberapa ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

wallahua'lam

Thursday, 28 July 2011

Pesanan Rasulullah SAW Terhadap Kaum Hawa

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
1) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).

2) Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)

3) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.

4) Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).


5) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suami nya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)

6) Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).

7) Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
 Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

9) Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.

10)Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.

11)Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya “tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun”. Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malamnya.

12)Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.

13)Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).

14)Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.

Hayatilah wahai muslimah…semoga kita dapat memelihara diri kita dari godaan duniawi,,,dan hiasi diri dengan iman dan taqwa serta akhlak islam yg telah memartabatkan wanita setelah kedatangan Rasulullah SAW….

SaNah hELwAh Ya gAmEeLaH - 21st

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
pada 5 julai yg lalu..genaplah umur kakngah 21 tahun..alhamdulillah..yepieee..kakngah da besar rupanya.da boleh jadi mak budak,,huhu..ni 'first time' kakngah sambut ulangtahun kelahiran di oversea.jauh dari family..that day kakngah rasa sedih sangat sebab kakak2 housemate langsung tak wish..mungkin busy (husnu zhon).lagipun kakak2 ni ade exam.lewat petang baru kakak2 balik.release tension kot..rupanya kakak2 saja tak wish..nak kasi suprise katanya..huhu..naughty ek u all..bila kakak2 sampai je rumah n kakngah buka pintu..ada sorang kakak ni menyorok tepi n ...tadaa.....sanah helwah ya gameelah 5x...waaaaa...terharu nya...(sambil pegang kek)..perasaan kakngah macam tu bercampur baur..x expect langsung.thanks kak hawa kak zinnirah n kak c-la..sayang sangat kakak2.thank a lot.moga Allah merahmati kalian. ni kek kakngah yang dorang buat,,


 masya Allah.cntikkn..rasa x sggup potong..cntik sangat.xsmpi hati nk mkn..huhu

alhamdulillah..umur makin bertambah.orang kata semakin meningkat umur semakin dekat kita ngan DIA..
sebenarnya dekat FB ramai je wish birthday,alhamdulillah.thanks atas ingatan dan doa kaliann.moga Allah makbulkan doa kita semua.aaminn,,

~kakngah,being a good muslimah n excellent dunia akhirat.insyaAllah~

Wednesday, 27 July 2011

Being a good Muslimah


In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful

alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah 3ala kulli haal..allahu akbar
kakngah tadi baru lepas baca blog Ukht Fatimah Syarha .. 
suka sangat tengok beliau sekelurga.Keluarga sakinah.moga kakngah pun seperti beliau juga,,aaamiiin..doa ni,,
semua wanita nak jadi solehah kan??insyaAllah..kakngah pun camtu juga..
nak jadi anak solehah kepada ummi abah,isteri solehah n ibu solehah yang dapat lahirkan pejuang2 islam..insyaAllah
kakngah pun manusia biasa,tak dapat lari dari buat silap.tapi kakngah cuba untuk jadi yang terbaik,insyaAllah
kali ini kakngah nak 'share'  10 muwasafat tarbiyah yang perlu ada dalam diri setiap muslim



1. Salimul Aqidah - Akidah yang sejahtera
- seorang itu mestilah redha ALLAH sebagai Tuhan, Islam sebagai agamanya, serta Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul terakhir yang diutuskan ALLAH kepada manusia sejagat
- sentiasalah dekatkan diri kepada ALLAH serta sentiasa mengingati akhirat, memperbanyak amalan sunat dan zikir
- seorang itu hendaklah tidak lupa untuk sentiasa menjaga kebersihan hati, sentiasa memperbaharui taubat, istighfar, menjauhi dosa, serta syubhat

2. Sahihul Ibadah - Ibadah yang sahih
- Seorang itu perlu melakukan ibadat yang dapat meninggikan roh serta jiwanya; perlulah sentiasa memperbetul amalannya dan mengetahui halal haram suatu perkara dan sentiasa bersederhana dan tidak terlalu melampau-lampau dalam setiap urusan dalam kehidupan sehariannya.

3. Qawiyyal Jism - Sihat tubuh badan
- sabda Rasulullah SAW, " Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi ALLAH dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan"

4. Matinul Khuluq - Akhlak yang mantap
- Imam Hassan al-Bana pernah menyatakan kewajipan seorang muslim itu untuk bersifat sensitif, tawadhu', benar dalam perkataan dan perbuatannya, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dsbnya

5. Mutsaqqafal Fikri - Berpengetahuan luas
- pesan Imam Hassan al-Bana "Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri, dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi"
- seorang itu perlu berpengetahuan luas tentang Islam dan pengetahuan am supaya dapat menceritakan kepada orang lain perihal hal berkenaan di samping perlu sentiasa berpandukan al-Quran dan as-Sunnah
- seorang itu juga perlu mampu membaca al-Quran dengan baik, bertadabbur, dan sentiasa mempelajari sirah, kisah salafus soleh, dan kaedah serta rahsia hukum yang penting

6. Qadiran ala Kasbi - Mampu berdikari
- seorang itu meskipun seorang yang berharta, perlu juga bekerja namun tidak wajarlah untuk seorang da'ie untuk terlalu mengejar harta kebendaan serta pangkat dalam kehidupan duniawi ini
- Ihsan perlulah sentiasa tertanam dalam diri setiap individu muslim yang menggelarkan diri mereka sebagai seorang itu ; perlu sentiasa benar dalam perlakuan dan perbuatannya
- seorang itu perlu mampu untuk memiliki serta mencari harta sendiri tanpa mengharapkan belas ihsan daripada orang lain semata-mata;
- seorang itu  perlulah menguasai sesuatu kemahiran supaya tidak terlalu bergantung kepada orang lain dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan yang timbul kelak
- dalam soal kewangan, seorang itu  perlulah sentiasa memelihara diri daripada riba dalam semua aspek kehidupan, serta mampu untuk menyimpan untuk waktu kesempitan, menjauhi segala bentuk kemewahan yang melalaikan serta pembaziran

7. Mujahadah ala Nafsi - Mampu melawan hawa nafsu
- Seorang itu  perlulah sentiasa mempunyai azam yang kuat. bersungguh-sungguh untuk melawan kehendak nafsunya sebaliknya mengikut apa yang diperintah Islam di samping mengendahkan kata-kata orang lain dalam mempraktikkan Islam yang sebenar.
- perlu diingat juga, orang yang lagi hebat akan lagi hebat jualah cubaan yang ALLAH turunkan kepadanya, oleh itu sentiasalah kita menyiapkan diri dalam menghadapi segalan cubaan dan dugaan ALLAH itu

8. Haarithun ala Waqtihi - Menjaga waktu
- seorang itu  perlulah sentiasa berdoa agar waktu yang ada ini sentiasalah diberkati ALLAH seperti mana yang sering didoa oleh para sahabat Rasulullah SAW yang terdahulu.

9. Munazzamun fi syu'unihi - Tersusun dalam segala urusan
- Seorang itu  perlulah sentiasa mempunyai kemahiran dalam menyusun segala perancangan urusan harian serta jangka panjang, setiap itu  digalakkan untuk mencatit maratib amal untuk kelancaran segala urusan mereka


10. Nafi'un li ghairihi - Bermanfaat untuk orang lain
- Seorang itu  diumpamakan seolah-olah sebatang lilin yang sedang membakar diri untuk menyuluh jalan orang lain sedangkan dirinya terbakar sendirian, namun usahlah gentar kerana da'ie adalah tunggak penggerak kepada dakwah Islamiyah, nescaya usahamu akan diberikan ganjaran berganda oleh ALLAH taala
- amal Islam seorang itu adalah untuk menyelamatkan orang lain sekaligus diri sendiri daripada kesesatan supaya di akhirat kelak masing-masing dapat menjawab setiap persoalan ALLAH dengan bekalan iman yang mencukupi di dada masing-masing tanpa perlu menyalahkan antara satu sama lain.
- ingatlah wahai muslim yang dirahmati Allah selalu, kegembiraanmu hanyalah apabila kamu dapat membantu orang lain, yang terindah semestinya jika mampu membawa seseorang itu ke jalan yang diberkati ALLAH taala sekaligus menjauhkan seseorang itu daripada perbuatan-perbuatan mungkar.


~JOM SAMA-SAMA BERUSAHA MEMENUHI CIRI2 MUWASSAFAT TARBIYAH INI~

Ada apa dengan ''TARBIYAH'' ??..

Bismillah..



hari ini 'imtihan awwal' subjek yg pertama sudah selesai..ini bermakna 'imtihan thani' sudah melambai-lambai
huhu..skejap je kot masa berlalu..nama pun 'short sem'.juzuk 27 & 28 tak abis hafal lagi padahal tak lama dah tu..ayyoo..kakngah!!!chayokk!!you can do it dear!!

belajar,belajar,belajar & belajar. Manusia takkan lari dari proses pembelajaran kan. Ujian dari Allah pun satu pembelajaran kan untuk kita. It depend pada kita bagaimana kita muhasabah diri atas apa yang berlaku.
Belajar pun satu tarbiyah juga kan,,hmm,,,ehh,,tarbiyah?? Ada apa dengan tarbiyah ek?? Apa benda tarbiyah tu ek??


“Cara ideal dalam berinteraksi dengan fitrah manusia, baik secara langsung melalui kata-kata maupun secara tidak langsung dalam bentuk keteladanan, sesuai dengan sistem dan peringkat khusus yang diyakini, untuk memproses perubahan dalam diri manusia menuju kondisi yang lebih baik”.

(Dalam buku Manhaj Tarbiyah ‘indal Ikhwanul Muslimin)
 

kakngah selalu dengar je tarbiyah2 ni dulu. tapi x ambil 'port' pun.Allah, ampunkan kakngah,kakngah jahil dulu..

Alhamdulillah, dibumi anbiya' inilah kakngah fahami apa itu tarbiyah.it mean didikan @ asuhan.(paling ringkas) 
Ujian yang Allah bagi pun satu tarbiyah buat kita.
Dengan Tarbiyah lah kita dapat mengenal Allah dan Islam itu sendiri.
Thats why Tarbiyah penting dalam proses pembelajaran. Dengan tarbiyah lah kita dapat berusaha untuk 'pekatkan' diri(bak kata murabbi kakngah) or other  meaning mengislahkan diri or men'soleh' n men'solehah'kan diri.How to get ''Tarbiyah''??



kali ini kakngah hanya kongsi tentang cara tarbiyah zatiyah(diri) melalui usrah


 Dengan usrah kita boleh asahkan dengan ilmu, usrah kakngah kebiasaannya , kami akan sama2 tadabbur alQuran,menyelusuri sirah nabi,mengkaji Hadis 40
Setiap bulan sekurangnya kami akan bersama bangun malam(solat sunat taubat,tahajud.hajat).Kami juga akan pergi rehlah(tadabbur alam dan menjejaki sejarah islam), di Jordan)



 Islam ialah agama yang mementingkan tarbiyah iaitu proses pembinaan dan pendidikan manusia menuju kepada kesempurnaan beragama dan menjadi hamba yang berjaya di dunia dan di akhirat



Firman Allah SWT dalam ayat 208 surah al-Baqarah bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara menyeluruh dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata."

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ، ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِيْنِكَ
Yaa Muqallibal Quluub, Tsabbit Qalbi ‘Ala Diinik
Artinya: “Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu

اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ
Allaahumma Musharrifal Quluub, Sharrif Quluubanaa ‘Alaa Thaa’atik
Artinya: “Ya Allah yang mengarahkan hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepadamu.
...آمين

Kembara musafir di Bumi Syam.(syria @ lubnan)

bismillahirrahmaanirrahim..

Setelah selesai fatrah imtihan nihaie, tibalah waktu yang saya dan sahabat2 nanti2 kan iaitu
'Jaulah'.Pada kali ini saya dan sahabat2 berkesempatan bermusafir ke Syria dan Lubnan.Pada asalnya tujuan kami hanyalah jaulah syria.Namun kita hanya merancang dan Allah sebaik2 perancang untuk kita.Allah bagi peluang untuk melihat bukti kekuasaanNYA yang banyak sekali.Setiap perkara ada hikmahnya .Allah nak bagi banyak pelajaran sepanjang permusafiran itu.Lubnan sempadan je dengan Syria.

Pada 17 Januari 2011 jam 6.05am, kami bertolak dengan menaiki coaster yang telah sedia menanti kami untuk menuju ke Amman.Perjalanan dari Irbid ke Amman mengambil masa dalam sejam.Sepanjang perjalanan kami hanya 'membutakan' mata.Perasaan mengantuk masih bersisa.Tepat jam 7.00am kami telah sampai tempat yang dituju,Disitu kami akan menaiki sebuah bas yang menuju ke Syria.Kami juga menantikan ustaz yang merupakan 'murakib' sepanjang permusafiran itu.Ustaz mempunyai banyak pengalaman dan pengetahuan kerana telah lama menetap dibumi para utusan Allah ini.Pada jam 7.30 ,bas yang kami naiki bertolak menuju ke Syria,Perjalanan memakan masa hampir 4 jam termasuk pemeriksaan di Imigresen sempadan negara.

Antara tempat tempat yang di lawati seperti masjid dan maqam khalid al walid,ke hums yamg mana disitu terdapat kincir air tertua yang masih berfungsi sehingga kini, ziarah maqam salahuddin al ayubi,ziarah makam sayyidah zainab,ziarah maqam nabi yahya.selain itu,saya berkesempatan juga melawati kawasan pergunungan ma'lula dimana disitu terdapat penduduk yang majornya beragama kristian.Terdapat gereja didalam gua serta patung2 jesus di atas bukit.


kawasan pergunungan maklula
masjid assayidah zainab

maqam khalid al walid

kincir air tertua yang masih berfungsi sehingga kini

maqam salehuddin al ayubi

masjid umayyah
Masjid ini merupakan masjid tertua di Syria. Di timur masjid ini terdapat masjid Saidina Umar dan Masjid Saidina Ali. Ia pernah menjadi tumpuan para Sahabat bertemu dan berbincang mengenai hal-hal Islam satu ketika dahulu.

maqam nabi yahya
Di dalam masjid umayyah ini juga terdapat kepala Nabi Yahya a.s. Nabi Yahya telah disembelih oleh kaum yang ingkar pada seruannya. Ia kemudian memenggal kepala Nabi yang mulia ini. Kepalanya dimakamkan di sini.

Manakala di Lubnan, tempat yang sempat di lawati ialah melihat ciptaan Allah berupa batu yang kelihatan seprti brsujud.SUBHANALLAH.Benda ciptaan Allah pun mahu bersujud walau tidak ditaklifkan
Masjid Khatamul Anbiya wal Mursalin. Reka bentuknya seakan-akan masjid Biru di Istanbul Turki.
puncak gunung yang bersalji.subhanallah
 subhanallah..cantiknya suasana ni
melihat batu bersujud

ni la batu yang seakan2 bersujud

 ni kubur tempat bersemadinya bekas pm lubnan assyahid rafiq hariri.kisah selanjutnya
klik sini
 kubur bodyguards yang turut terkorban dalam serangan itu
alfatihah untuk para syuhada ni

Down Town mengikut gaya Eropah

Banyak lagi tempat di lawati di Syria dan Lubnan.Kenangan yang tercipta disana tersemat di memori ini.Semoga 'ibrah yang dapat sepanjang permusafiran ini dapat saya kongsi bersama sama dengan yang lain. Semoga setiap perjalanan hidup kita menambahkan ilmu dan pengalaman agar ia dapat digunakan untuk terus taat pada Allah.


"Tidakkah mereka perhatikan, bagaimana Allah memulai ciptaan kemudian mengulanginya? Sesungguhnya yang demikian itu mudah saja bagi Allah. Katakanlah:'Berjalanlah di muka bumi dan perhatikanlah, bagaimana Allah memulai ciptaan, kemudian Ia mengulangi penciptaan itu sekali lagi. Sesungguhnya Tuhan Berkuasa atas segala sesuatu." (QS. 29:19-20)

"Berjalanlah kamu di atas muka bumi, kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang yang mendustakan itu." (Al An'am: 11)


wallahua3lam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...